Tanah Perkuburan Islam Forest Heights ditutup

Pengumuman mengenai penutupan tanah perkuburan Islam Forest Heights.
Pengumuman mengenai penutupan tanah perkuburan Islam Forest Heights.
A
A
A

SEREMBAN - Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang di sini ditutup serta-merta dan semua aktiviti pengebumian jenazah akan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban.

Menurut Jurucakap Majlis Bandaraya Seremban (MBS), penutupan itu dilakukan berikutan tapak perkuburan sedia ada sudah penuh dan mungkin akan mengambil masa sehingga projek tapak baharu yang terletak bersebelahan siap sepenuhnya.

"Kita mempunyai kawasan perkuburan yang baharu dan masih kosong namun belum boleh beroperasi. Apabila siap nanti, ia akan dibuka bagi urusan pengebumian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, buat sementara ini, semua urusan pengebumian jenazah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban mulai Jumaat.