Tuhan tu maha adil: Rita Rudaini

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Rita Rudaini berkongsi keadaan terkini anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna, yang kini ditahan di hospital kerana dijangkiti Influenza B.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram, Rita turut meluahkan rasa lega apabila Arjuna tidak banyak merengek atau menangis walau tidak sihat

“Nasib baik uncle Azrin pandai alih perhatian dia. Kena cucuk ubat antibiotik, sakit dia cakap. @airitqaqa727 kena influenza B.

Rita Rudaini
Rita Rudaini

“Juna ni kalau sakit, suka diam. Memang tak merengek atau menangis. Dari baby dia memang macam ni. Tuhan tu maha adil. Dia bagi kesenangan dari segi lain. Alhamdulillah,” tulis Rita.

Perkongsian Rita itu turut mendapat perhatian ramai peminat dan pengikut di Instagram, malah ada antaranya yang mula bertanya adakah bapa Arjuna, Aidil Zafuan telah datang melawat anaknya di hospital?

Rita dan Aidil berkahwin mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Artikel Berkaitan: