Penunggang motosikal maut tercampak dari Lebuhraya EDL

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 4 Lebuhraya EDL, Johor Bahru, sebelum tercampak ke laluan bawah lebuh raya itu pada Jumaat.
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 4 Lebuhraya EDL, Johor Bahru, sebelum tercampak ke laluan bawah lebuh raya itu pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 4 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini sebelum tercampak ke laluan bawah lebuh raya itu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.20 pagi ketika motosikal yang ditunggang mangsa, 21, bersama-sama adiknya, 19, itu hilang kawalan sebelum dipercayai terbabas.

"Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasir Gudang selepas menghantar adiknya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang difahamkan terbabas dan tercampak ke laluan bawah Lebuhraya EDL mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam ketika dihubungi pada Jumaat

Mengulas lanjut, Raub berkata, adik mangsa hanya mengalami kecederaan ringan pada jari selepas terjatuh, bagaimanapun remaja itu tidak tercampak ke bawah.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk dibedah siasat manakala adiknya menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: