Semoga PH sedar diri

SHAHIR ADNAN
SHAHIR ADNAN
A
A
A

SHAH ALAM - Kemenangan pembangkang di Semenyih disifatkan sebagai isyarat jelas kedua kepada kerajaan PH supaya sedar sebenarnya mereka gagal memerintah Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Shahir Adnan berkata, kemenangan ini juga menandakan rakyat tidak lagi termakan dengan harapan dan janji palsu PH.

"Dewan Pemuda Ikatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat di Dun Semenyih yang telah menunaikan kewajipan dengan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Apa yang diperolehi ini sedikit sebanyak menandakan kesepakatan jentera yang ditunjukkan oleh parti-parti blok pembangkang UMNO, Pas, Ikatan dan Berjasa," katanya.

Katanya, kemenangan pembangkang ini juga merupakan isyarat jelas yang kedua kepada blok pembangkang supaya terus meneruskan persefahaman.

"Kerjasama perlu diperkuatkan agar menjadi gagasan pembangkang yang kuat demi menyuarakan denyut nadi rakyat Malaysia.

"Sekaligus ia meletakkan PH sentiasa berhati-hati dalam ketelusan pentadbiran mereka," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera mengucapkan tahniah diucapkan kepada Zakaria Hanafi yang menang bergaya mengalahkan calon PH.

Artikel Berkaitan:

"Dengan kemenangan ini sekaligus menjadi referendum kepada PH bahawa rakyat mula menolak politik palsu," katanya.