Tulang buat pakaian berusia 120,000 tahun ditemui

Gambar fail menunjukkan seorang ahli arkeologi memasuki gua Contrebandiers iaitu tempat penemuan tulang-tulang haiwan yang digunakan untuk membuat pakaian dekat Rabat. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang ahli arkeologi memasuki gua Contrebandiers iaitu tempat penemuan tulang-tulang haiwan yang digunakan untuk membuat pakaian dekat Rabat. - Foto AFP
A
A
A

RABAT - Seorang ahli arkeologi di Maghribi mengesahkan bahawa peralatan tulang-tulang haiwan yang berusia 120,000 tahun dan ditemui di dalam sebuah gua di negara itu telah digunakan untuk membuat pakaian.

Menurut Abdeljalil El Hajraoui dari Institut Arkelogi Kebangsaan, Abdeljalil El Hajraoui, ia adalah pengesahan pertama dibuat oleh pihaknya selepas tulang-tulang haiwan yang digunakan untuk membuat pakaian itu turut ditemui di beberapa tempat lain di dunia.

Sebelum ini, pasukan arkeologi antarabangsa menemui lebih 60 peralatan di Gua Contrebandiers yang terletak kurang 20 kilometer dari ibu negara itu.

Pasukan itu turut menyatakan dalam jurnal iScience bahawa tulang-tulang tersebut digunakan untuk membuat pakaian daripada kulit dan bulu haiwan.

Maghribi merupakan lokasi penemuan sejumlah barang-barang lama dan penting dari segi arkeolgi.

Pada Rabu lalu, Kementerian Kebudayaan negara itu mengumumkan penemuan koleksi kira-kira 39 siput laut yang berusia kira-kira 150,000 tahun lalu di dalam sebuah gua dekat Essaouira iaitu kira-kira 400 kilometer dari barat daya Rabat. - Agensi

Artikel Berkaitan: