Rosmah gagal gugurkan Sri Ram

Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes solar yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri itu.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Mohamed Zaini berkata, perlantikan Sri Ram oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah mengikut undang-undang.

"Saya percaya, kebenaran yang diberikan oleh Tommy Thomas supaya Sri Ram mengendalikan kes ini tanpa syak adalah sah, maka permohonan pemohon ditolak," katanya.

Kes ini dikendalikan oleh peguam, Datuk Jagjit Singh, Datuk Akberdin Abdul Kadir dan Azrul Zulkifli Stork bagi mewakili Rosmah manakala pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam dan Poh Yih Tinn.

Kes terhadap Rosmah, 69, berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak kini di peringkat bela diri.

Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

Artikel Berkaitan:

Rosmah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah dakwa pelantikan Sri Ram kendali kes hibrid solar tidak sah

Rosmah fail permohonan batalkan perbicaraan kes rasuah