X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Chelsea tak sabar benam City

Chalobah (kanan) yakin Chelsea mampu benam City.
A
A

CHELSEA sudah bersedia untuk meneruskan rentak cemerlang mereka ke atas Manchester City dalam pertembungan kedua-dua pasukan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Sabtu.

Pemain pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah berkata, The Blues yakin mampu menundukkan City sekali gus meneruskan rekod baik mereka ke atas skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Juara Eropah itu sudah menewaskan City tiga kali berturut-turut iaitu ketika di Etihad pada saingan EPL, separuh akhir Piala FA dan final Liga Juara-Juara musim lalu.

"Ia perlawanan yang sangat penting buat kedua-dua pasukan kerana kami berada di dalam liga ini dan sedang bersaing untuk mendapat mata.

"Saya rasa kami telah menampilkan keputusan yang bagus dalam perlawanan menentang pasukan hebat musim ini dan ini satu lagi peluang untuk kami menunjukkan keupayaan pasukan.

"Namun, City juga sebuah pasukan yang bagus dan berbahaya selain memiliki ramai pemain yang berkualiti, namun kami akan tetap bersedia.

"Kami sangat yakin dan sepenuhnya percaya dengan kualiti pemain yang kami ada. Kami akan masuk ke padang, tidak kira dengan siapa yang kami akan lawan dan kami akan beraksi dengan baik seperti yang telah kami tunjukkan sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Chalobah juga mengakui semua pemain Chelsea memiliki motivasi tinggi bukan hanya untuk memenangi satu trofi tetapi membolot semua piala yang ada musim ini.

"Kami mahu menang semua perlawanan, menjadi pencabar untuk semua piala musim ini dan kami ingin cuba memenangi kesemuanya. Itu adalah mentaliti kami musim ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!