X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Awan sumbang 160 set kain kafan kepada HRPZ II

Hafidzah (kanan) menyampaikan simbolik penyampaian sumbangan berkenaan di HRPZ II.
A
A

KOTA BHARU - Bagi membantu meringankan beban hospital menguruskan jenazah pesakit Covid-19, sebanyak 160 set kain kafan disumbangkan Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Kelantan kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Ketuanya, Dr Hafidzah Mustakim berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil daripada derma yang dihulurkan orang ramai melalui badan itu.

"Ia adalah hasil sumbangan orang ramai kepada kami dan alhamdulilah, untuk tujuan pembelian kain kafan ini, sebanyak RM4,075 berjaya kami kumpul dalam seminggu," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Hafidzah sebelum itu menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali di pekarangan bangunan hospital berkenaan di sini.

Mengulas lanjut, Hafidzah berkata, inisiatif berkenaan timbul apabila beliau difahamkan pihak hospital kekurangan kelengkapan untuk menguruskan jenazah Covid-19.

"Selain itu kami juga difahamkan kebanyakan kematian melibatkan pesakit HRPZ II, oleh sebab itu kami sumbangkan kepada pengurusan hospital ini supaya dapat membantu apa yang diperlukan," katanya.

Hafidzah juga memberitahu, Awan Kelantan juga sentiasa komited membantu masyarakat terutamanya pasukan barisan hadapan dalam mendepani cabaran menjadi benteng terakhir melawan Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!