Masa untuk selesaikan isu pengangguran

Lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan sejak 1 Januari hingga 10 September. - Gambar hiasan.
Lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan sejak 1 Januari hingga 10 September. - Gambar hiasan.
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini dapat dicapai berikutan lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan sejak 1 Januari hingga 10 September.

Kejayaan tersebut dibuktikan apabila ia melebihi sasaran yang ditetapkan untuk sembilan bulan pertama tahun ini iaitu 354,276 peluang pekerjaan sehingga 30 September ini.

Situasi itu dilihat sebagai satu perkembangan yang positif dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia akibat penularan wabak pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Dalam pada itu, pada Khamis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kadar kematian bagi individu yang lengkap vaksinasi Covid-19 adalah 0.01 peratus, manakala kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 0.007 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 97,000 pekerjaan baharu diwujudkan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, imuniti kelompok seharusnya tidak lagi menjadi keutamaan tetapi sebaliknya apa yang penting adalah liputan vaksinasi yang meluas.

Menurutnya, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja sangat penting dan kerajaan juga sedang melihat data ujian klinikal yang dikeluarkan oleh Pfizer untuk vaksinasi kepada golongan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Tambah beliau, tidak cukup hanya 80 sehingga 90 peratus golongan dewasa sahaja yang menerima vaksinasi kerana kanak-kanak masih lagi tidak divaksinasi.

Pada masa sama, Khairy berkata, aktiviti rentas negeri tidak mengakibatkan peningkatan kes Covid-19 sekiranya kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus tetapi ia disebabkan lonjakan kes jangkitan berpunca daripada pengumpulan atau 'congregation'.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Khairy dijangka mengadakan sidang akhbar dan kemungkinan banyak persoalan yang bermain dalam fikiran masyarakat bakal terjawab terutamanya berkaitan berkaitan peralihan negeri-negeri ke fasa tertentu.

Pastinya yang menjadi tumpuan utama rakyat adalah mengenai kelonggaran rentas negeri.