X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

KBS pertimbang bawa isu Ziyad ke CAS

Ziyad
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan penyertaaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatankuasa terbabit dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Borhan Dolah.

“KBS akan meneliti pandangan daripada jawatankuasa tersebut dan seterusnya akan merancang pelan tindakan susulan bersama-sama dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Para Olahraga Malaysia mengenai insiden yang berlaku terhadap Muhammad Ziyad.

“Ia untuk memohon agar sesi pendengaran khas pihak Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) terhadap rayuan yang telah dikemukakan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahmad Faizal menambah, KBS juga sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membawa isu terbabit ke Court of Arbitration in Sports (CAS) sekiranya gagal meyakinkan IPC dan WPA.

Selain itu katanya, pihak kementerian juga akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) penyertaan atlet ke temasya sukan antarabangsa terutama melibatkan atlet-atlet paralimpik agar perkara seperti ini tidak berulang kembali.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!