Dua sahabat lemas mandi sungai

Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.
A
A
A

IPOH - Dua remaja berusia 13 tahun ditemui lemas ketika mandi di Sungai Pinji di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi tadi, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di kedalaman 3.6 meter oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan kedua-dua mangsa bersama enam yang lain mandi dan memancing di lokasi kejadian sebelum ke sekolah untuk sesi petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa pada jam 8.57 pagi.

“13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian, anggota bertindak melakukan pencarian di lokasi mangsa mandi.

Dua sahabat ditemui lemas ketika mandi di Sungai Pinji, hari ini.
Dua sahabat ditemui lemas ketika mandi di Sungai Pinji, hari ini.

“Keadaan arus tidak deras, anggota berjaya menemui mangsa pertama pada jam 10.11 pagi dan mangsa kedua kira-kira 17 minit kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

“Mayat diserahkan kepada pihak polis dan seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.

AKAN MENYUSUL