Hos Airbnb didakwa bunuh penyewa

Ramis Jonuzi maut gara-gara tidak mampu membayar sewa bilik.
Ramis Jonuzi maut gara-gara tidak mampu membayar sewa bilik.
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang hos Airbnb didakwa membunuh seorang penyewa yang menginap di rumahnya gara-gara tidak mampu membayar sewa.

Jason Colton, 42,dituduh membunuh Ramis Jonuzi pada Oktober 2017.

Laporan menyebut dua orang individu lain di rumah itu memegang Jonuzi sementara Colton memukul dan mencekik lelaki berusia 36 tahun berkenaan kerana tidak membayar sewa berjumlah A$210 (RM606).

Colton bagaimanapun berkata, dia hanya mahu menyebabkan mangsa pengsan dan tidak berniat membunuh atau mendatangkan kecederaan parah terhadapnya.

Akhbar tempatan The Age, melaporkan Jonuzi yang bekerja sebagai buruh, menyewa sebuah bilik di Brighton East atas perjanjian dengan Colton, dan rakan serumah Craig Levy serta Ryan Smart untuk tempoh tiga hari.

Jonuzi kemudian meminta untuk tinggal selama seminggu dengan bayaran A$210 (RM606), namun apabila tiba masa untuk keluar daripada bilik terbabit, Jonuzi hanya mempunyai kurang

A$10 (RM28) dalam akaun dan tidak mampu membayar sewa yang dipersetujui.

Mangsa kemudian mengemas barang dan bilik tersebut sebelum beredar,dan pada ketika itu ketiga-tiga lelaki tadi datang menyerang dan bertanyakan perihal sewa.

Artikel Berkaitan:

Pihak pendakwa berkata, Colton merupakan orang pertama menyerang Jonuzi hingga tidak sedarkan diri, sementara Levy dan Smart kemudian menyeret mangsa ke luar dan terus memukulnya.

Colton yang bertegas tidak berniat membunuh Jonuzi, sebaliknya hanya mahu menyebabkan mangsa pengsan berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya disabitkan bersalah. - BBC