Klinik kesihatan tidak sesuai jadi pusat kuarantin sementara

Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika sesi penggulungan soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika sesi penggulungan soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menjadikan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pusat kuarantin sementara untuk mereka yang bergejala Covid-19 dilihat tidak sesuai dilaksanakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, premis itu tidak mempunyai kemudahan asas sebagai pusat kuarantin yang membolehkan mereka yang bergejala tinggal di situ.

"Selain itu, skop klinik kesihatan ialah memberikan rawatan pesakit luar kepada ibu hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan rawatan kesihatan susulan atau berterusan.

"Sekiranya klinik kesihatan dijadikan pusat kuarantin, dikhuatiri akan mendatangkan risiko penularan kepada individu lain yang hadir untuk mendapatkan rawatan lain," katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan terdapat 130 hospital awam di seluruh negara yang dikhususkan untuk rawatan Covid-19.

Katanya, jumlah itu membabitkan 123 hospital KKM, enam hospital universiti dan satu hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Artikel Berkaitan: