Kane kemarau gol bukan sebab gagal pindah

KANE
KANE
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo tetap mempertahankan penyerangnya, Harry Kane yang masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Nuno berkata, Kane sedang mencari rentak selain menafikan kegagalan penyerang England itu berpindah pada jendela perpindahan lalu menjadi punca persembahannya merosot.

“Itu adalah perkara lalu (mengenai perpindahan Kane). Tiada apa yang kami dapat katakan pada masa sekarang yang akan mengubah apa yang berlaku pada masa lalu.

“Apa yang boleh kami lakukan mengenai perkara lalu adalah dengan melupakannya. Sebaik-baiknya, kami fokus kepada perkara yang akan datang,” katanya.

Kane dikaitkan berpindah ke Manchester City pada jendela perpindahan lalu, namun tidak menjadi kenyataan apabila Spurs enggan melepaskan tonggaknya itu.

Malah, Kane juga beberapa kali tidak hadir ke sesi latihan untuk memaksa Spurs menjualnya sebelum jendela pepindahan ditutup pada penghujung bulan lalu.

“Realitinya kami tidak membina serangan dengan baik. Dalam beberapa perlawanan lalu, Harry berada di sebelah kiri dan segalanya tampak baik.

“Tetapi, kami tidak dapat jaringkan gol walaupun kami ada peluang. Kami perlu mencari cara untuk mengatasinya pada perlawanan seterusnya,” jelas Nuno.

Artikel Berkaitan: