Pemuda dikhuatiri lemas mandi di Sungai Balak

Mangsa yang dikatakan lemas di kawasan air berpusar.
Mangsa yang dikatakan lemas di kawasan air berpusar.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki dikhuatiri lemas sewaktu mandi-manda bersama lima rakannya di Sungai Balak Batang Kali di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang dikatakan lemas di kawasan air berpusar itu dikenali sebagai Sunny Dell Ashraff Sa'ari berusia 23 tahun beralamat di Asam Jawa, Kuala Selangor.

Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.31 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba ke lokasi 37 minit kemudiannya.

"Gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan anggota bertugas sementara Pasukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sedang dalam perjalanan ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: