Pelakon 'Sex And The City' Willie Garson meninggal dunia

PELAKON Willie Garson, 57, yang terkenal dengan watak Stanford Blatch dalam siri drama 'Sex and the City', meninggal dunia pada Selasa.
Berita pemergian Garson itu disahkan ahli keluarga kepada portal hiburan Variety.
Namun punca kematian tidak dinyatakan.
Anak lelaki Garson, Nathen turut mengesahkan berita kematian bapanya itu di akaun Instagram miliknya.
Baru-baru ini Willie Garson dilihat sertai rakaman siri drama sampingan 'Sex and the City' bertajuk 'And Just Like That' keluaran HBO bersama pelakon utama, Sarah Jessica Parker.
Penerbit Eksekutif drama itu, Michael Patrick King memberitahu Variety, Garson sering jatuh sakit sepanjang sesi penggambaran dijalankan namun dia nekad untuk terus bekerja.
"Ini merupakan berita yang sangat sedih buat kami," katanya. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Operasi padam kebakaran hutan Indonesia bertukar tragedi, helikopter kedua terhempas
08 November 2026 05:32pmTiga kru selamat selepas helikopter terhempas
08 November 2026 05:16pmHujan landa beberapa kawasan di Madinah.
08 November 2026 03:36pmGempa kuat gegar tengah Jepun
08 November 2026 02:52pmDatuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
08 November 2026 07:15amPelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
08 November 2026 07:30amSerangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'
08 November 2026 08:21amLelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
08 November 2026 08:15am- Iklan -- Iklan -
