Berkelah untuk tinggalkan kenangan, bukan tinggalkan sampah sarap

No Image Caption
A
A
A

SEJAK dua minggu lalu berduyun-duyun rakyat Malaysia keluar berekreasi selepas lebih tiga bulan terpaksa berkurung di rumah.

Ada yang memilih mandi-manda di tepi pantai, ada yang lebih gemar terjun sungai, ada pula yang seronok berkhemah dan tak kurang juga yang memilih aktiviti mendaki.

Sejak Lembah Klang mendapat kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), Merak Jalanan sendiri belum sempat menyertai apa-apa aktiviti luar kecuali bersukan badminton.

Apa pun aktiviti yang disertai, ia adalah nikmat kebebasan yang sememangnya dinantikan ramai orang.

Bagaimanapun daripada respons kawan-kawan yang sudah berkelah dan berkhemah di pantai sertai sungai, ada khabar kurang enak sampai ke telinga Merak Jalanan.

Malah, rakan-rakan media Merak Jalanan di beberapa negeri pun menyampaikan berita-berita yang hampir serupa.

Di sebalik keseronokan berekreasi mencipta kenangan-kenangan indah, malangnya ramai juga pengunjung yang bersikap pengotor dan mementingkan diri dengan membuang sampah merata-rata.Jika sampah itu dikumpulkan di dalam plastik dan diletakkan di tong sampah di tempat rekreasi, ia okey lagi.

Malangnya ada yang menyelitkan botol di celah-celah pokok, membuang plastik ke dalam sungai dan membiarkan sampah sarap begitu sahaja.

Artikel Berkaitan:

Ia bukanlah satu sikap yang terpuji sebagai sebuah masyarakat yang terkenal dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa.

Lebih mendukacitakan apabila ketika masing-masing baru merasai nikmat merdeka beraktiviti di luar.

Jadi, Merak Jalanan cadangkan bukan setakat pengunjung yang langgar SOP, malah individu yang mencemarkan alam sekitar dengan sampah sarap pun patut dikompaun sebagai pengajaran kepada mereka.