X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Bapa MB Selangor meninggal dunia

A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggal dunia pada petang Selasa.

Shari Mokhsin, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pernafasan pada usia 67 tahun.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian pada pagi Rabu.

"Marilah bersama-sama kita doakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan diterima segala amal kebaikannya," katanya.

Amirudin sempat berkomunikasi menerusi WhatsApp sebelum bapanya Shari Mokhsin meninggal dunia.

Amirudin berkata, beliau bersembang dengan Allahyarham menerusi WhatsApp pada jam 1.27 petang sebelum dikejutkan dengan pemergian bapanya itu pada jam 5.30 petang.

"Sejak kanak-kanak saya selalu terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang paling rapat meninggal dunia.

"Terimalah takdir mati itu pasti bagi yang hidup," katanya dalam ciapan di Twitter beliau pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!