X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Peruntukan RM15 juta baik pulih, naik taraf infrastruktur di KL

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek baik pulih serta naik taraf infrastruktur awam di bawah inisiatif Pemerkasa 2.0 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek baik pulih serta naik taraf infrastruktur awam di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) 2.0 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam satu kenyataan memaklumkan, KWP melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kerja-kerja berkaitan kepada kontraktor G1 terpilih yang berjaya memenuhi syarat-syarat ditetapkan bagi merangsangkan semula ekonomi semasa tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ini termasuk projek-projek mengecat semula bangunan, membaiki atau mengganti kerosakan infrastruktur asas dan kemudahan awam.

"Majoriti pelaksanaan projek-projek ini adalah di Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam DBKL yang diterima daripada komuniti melalui Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan," kata kenyataan itu pada Isnin.

Dalam pada itu, KWP berkata, permohanan bagi projek-projek kecil itu adalah berdasarkan kepada keperluan kritikal yang memerlukan baik pulih serta-merta bagi mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan keselamatan awam.

Menurutnya, keseluruhan projek baik pulih dan naik taraf adalah sebanyak 26 projek yang majoritinya telah mencapai 25 peratus kemajuan kerja bermula pada Julai 2021 dan diselesaikan pada November 2021.

"Kerja-kerja baik pulih di Surau Quba Pangsapuri Melur, Bandar Baru Sentul mencapai 95 peratus siap meliputi kerja-kerja mengecat bahagian luar dan dalam surau termasuk tandas, tempat wuduk lelaki dan wanita serta pengantian dinding partition di dalam surau dengan kos sebanyak RM22 ribu.

"Manakala bagi Perumahan Awam Seri Terengganu melibatkan kerja-kerja pengantian 32 unit railing tangga, penutup longkang serta awning, kerja-kerja pendawaian lampu kaki lima dan pengantian kabel submain bagi keselesaan dan kesejahteraan komuniti setempat," katanya.

KWP dalam kenyataan sama berkata, kos keseluruhan projek berkenaan adalah sebanyak RM560,000 dan 50 peratus kerja siap di tapak dan selebihnya dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan November ini.

"Kerajaan akan sentiasa komited dalam menyediakan persekitaraan kehidupan lebih kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup Keluarga Malaysia disamping merangsang kembali ekonomi di Wilayah Persekutuan dalam menjadikan matlamat 'My City My Home' dicapai," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!