X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Polis sahkan Imigresen Thailand tahan Sajat

Nur Sajat - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, 36, telah ditangkap di Thailand pada 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Nur Sajat ditahan pihak Imigresen Thailand pada jam 6 petang kerana memiliki pasport yang tidak sah.

"Suspek telah dihadapkan ke mahkamah di Thailand atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Abd Jalil berkata, Nur Sajat turut dikehendaki di Malaysia kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

"Usaha untuk membawa pulang beliau sedang giat dilaksanakan," jelasnya.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Perbicaraan itu membabitkan kes Nur Sajat yang dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 di Shah Alam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!