Orang kampung juga tahu jaga alam sekitar - Bee Yin

Bicara Minda bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yoe Bee Yin (kanan). FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Bicara Minda bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yoe Bee Yin (kanan). FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa hanya yang tinggal di bandar sahaja mengambil tahu akan isu alam sekitar.

Menurutnya, penduduk kampung juga ada yang faham serta sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar demi kelangsungan hidup mereka.

“Buktinya, pengalaman saya pergi ke pedalaman Sabah untuk bekalkan tenaga dan elektrik di sebuah kampung yang tiada kemudahan elektrik, mereka punyai kesedaran alam yang sangat unik.

“Mereka mempunyai lagu sayangi alam sekitar yang digubah sendiri dan sungai mereka diletakkan dalam zon-zon berbeza. Zon merah contohnya kawasan tidak boleh tangkap ikan, manakala zon kuning, kawasan boleh tangkap ikan.

“Ini berlaku di pedalaman Sabah. Sangat mengejutkan saya, kerana bagi mereka apabila berlaku perubahan iklim seperti panas, pasti mereka orang pertama akan merasa impaknya,” katanya pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: