X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Bajet 2022: Johor mohon peruntukan tambahan

Hasni ( tiga dari kiri) menyerahkan kunci rumah kepada penduduk bagi projek penempatan semula perumahan di Kampung Pendas Baru Fasa 2 di Iskandar Puteri pada Ahad.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor akan memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2022 bagi memperluaskan program agenda jaminan bekalan makanan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan bagi membolehkan negeri ini menjadi pengeluar utama produk makanan memandangkan kedudukannya yang berjiran dengan Singapura.

"Pada tahun lalu, kerajaan Persekutuan meluluskan bajet sebanyak RM35 juta bagi program agenda jaminan bekalan makanan kepada Johor.

"Justeru saya amat berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu bagi memastikan agenda jaminan bekalan makanan di negeri ini dapat dijayakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyerahan 46 unit rumah kepada penduduk bagi projek penempatan semula perumahan Kampung Pendas Baru Fasa 2, di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengadakan lawatan ke Johor mengatakan pembentangan Belanjawan 2022 dijangka akan lebih memberi perhatian kepada perkembangan industri pertanian dan penternakan.

Katanya, jaminan makanan dan sektor pertanian akan tetap diberi keutamaan bagi membina asas untuk penambahbaikan agar negara tidak terlalu bergantung kepada sumber makanan import pada jangka panjang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!