Zizi Kirana sah isteri Yusuf Bahrin

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Zizi Kirana hari ini sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.
Menerusi Instagram masing-masing, pasangan berkenaan memuat naik hantaran yang sama iaitu dua keping gambar bersaiz pasport mengesahkan mereka sudah diijabkabul.
Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, pukul 10.30 pagi ini.
Pereka fesyen, Shanell Harun yang mereka busana indah mempelai turut memuat naik gambar pasangan itu ke Instagram miliknya.
Semalam media melaporkan Zizi, 36, dan Yusuf, 29, akan melangsungkan perkahwinan hari ini.
Pasangan itu mula akrab kira-kira dua bulan lalu selepas sama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.
"Kami tak bercakap pun tapi mula bertegur menerusi Instagram pada Aidiladha lalu.
"Namun, sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon saja," kata Zizi. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Juruteknik pendingin udara maut motosikal terbabas di LPT2
02 November 2026 01:55pmSindiket judi dalam talian, berselindung di sebalik kafe
02 November 2026 01:38pmKes kematian tahanan: Kertas siasatan Allahyarham Noorizwan dirujuk kepada AGC Rabu ini
02 November 2026 12:26pmRebut kawasan perniagaan punca sembilan individu merusuh
02 November 2026 12:17pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmArahan simpan bekalan makanan, apa sedang berlaku?
02 November 2026 07:00amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmHubungan Indonesia-Singapura kembali tegang
01 November 2026 03:58pm- Iklan -- Iklan -
