Ratusan burung mati selepas rempuh bangunan WTC

NEW YORK - Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu.
Seorang sukarelawan yang memantau kejadian burung itu, Melissa Breyer mendakwa terdapat kira-kira 291 ekor haiwan itu ditemui mati di sekitar bangunan tersebut pada Selasa lalu.
Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan WTC itu.
Sebanyak 30 ekor lagi haiwan itu yang ditemui masih hidup tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.
Antara jenis burung yang mati itu ialah burung siul.
Burung-burung yang mati itu dipercayai kerana tertarik kepada lampu-lampu dibiarkan terpasang di tingkat tinggi bangunan tersebut.
Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter tersebut mengakibatkan burung-burung tersebut berasa keliru. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Dua warga Vietnam dihukum penjara 17 tahun kerana atur keluar warga Malaysia secara haram
28 September 2026 09:26pmAngka kematian insiden Virgo Transport 8 cecah 71, 64 masih hilang
28 September 2026 08:55pmCincin emas untuk bayi baru lahir di Tamil Nadu
28 September 2026 06:22pmJokowi sahkan anggotai Parti Solidariti Indonesia
28 September 2026 04:24pmGuru wanita didakwa amang seksual pelajar lelaki
28 September 2026 12:33pmTun M kongsi 'pemergian' isterinya Tun Dr Hasmah
28 September 2026 11:10amIbu maut dipercayai ditikam anak sendiri
28 September 2026 11:50amMesyuarat tiga jam, Ismail terus berdiam diri
28 September 2026 07:02am
