Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan tindakannya membotakkan kepala adalah kerana berjaya membuat lontaran melebihi sasaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo 2020.
Ujar Ziyad, 31, jurulatihnya, Faizol Harun, membuat cabaran supaya dia membuat lontaran melepasi jarak 17.70 meter.
"Mesti ramai tanyakan kenapa pakai topi masa interview dan ramai yang suruh buka..inilah sebab dia saya dan coach saya sudah botak sebenarnya.. macam ni cerita dia..
"Dua minggu sebelum pergi ke Tokyo Paralimpik, semasa latihan coach saya ada cadangkan sekiranya saya dapat baling lepas 17.70 (meter) dia (coach) dan saya akan botak... ini bukan bernazar, ini macam challenge sahaja," jelas Ziyad.
Meskipun terlepas pingat emas dalam kejohanan tersebut, namun dia tidak akan berputus asa.
"Alhamdulilah saya dapat melebihi target yang kami sasarkan biarpun tiada rezeki untuk dibawa pulang tetapi apa yang kami target tercapai dan juga lebih jauh dari kami sasarkan.
"Tahun depan akan lebih banyak lagi competition yang akan ada... insya-Allah saya tak akan putus asa dan terus bersemangat. Azam baharu, semangat baharu," katanya menerusi perkongsian di dalam Instagramnya pada Sabtu. - Awani
Inspirasi legenda EPL di Bukit Jalil
26 April 2024 08:16pmJin Wei cari inspirasi Olimpik Paris di Chengdu 2024
26 April 2024 08:06pmSudah tiba masa ada peralihan dalam FAM - KJ
26 April 2024 07:34pmSabah FC hanya berdepan tunggakan sebulan gaji pemain
26 April 2024 07:32pmSri Pahang FC sasar kedudukan tiga teratas
26 April 2024 06:45pm'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
26 April 2024 01:49pm[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
26 April 2024 01:08pmIndonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
26 April 2024 06:57amAkaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
26 April 2024 08:00am