X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

DUN Sabah: ADUN, petugas buat ujian calitan Covid-19 mulai Ahad

Kadzim M Yahya
A
A

KOTA KINABALU - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan petugas yang terlibat dengan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan menjalani ujian calitan Covid-19 mulai Ahad.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, saringan RTK Antigen itu adalah sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

"Selain lengkap dua dos vaksin, kita juga menetapkan SOP saringan RTK Antigen.

"Semua ADUN perlu membuat saringan 48 jam sebelum hari perasmian dan paling awal dibuat pada esok sebelum dikemukakan kepada pejabat DUN selewat-lewatnya Isnin depan," katanya kepada pemberita selepas memantau raptai kedua Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Sabah ke-16 pada Sabtu.

Mengulas lanjut berhubung SOP, Kadzim turut menasihatkan semua ADUN supaya tidak terlalu lama berada di dalam dewan untuk mengelakkan jangkitan berlaku.

"Oleh itu, kita akan memendekkan tempoh persidangan dan pada kali ini pun ADUN hanya akan membahaskan ucapan dasar Tuan Yang Terutama," katanya.

Katanya, pihaknya belum menerima sebarang permohonan pengecualian untuk hadir dalam sidang DUN kali ini.

Istiadat pembukaan sidang DUN akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Selasa depan diikuti persidangan selama dua hari.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!