X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Pertimbang permohonan peneroka untuk tanam kelapa sawit

Mahdzir Khalid (tengah) pada sidang media selepas lawatan kerja ke Felda Lubuk Merbau, di sini, pada Sabtu.
A
A

PADANG TERAP - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mempertimbangkan permintaan seramai 360 peneroka Felda Lubuk Merbau untuk melakukan penanaman semula tanaman asal iaitu daripada getah kepada kelapa sawit pada tahun depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, permohonan peneroka menukar tanaman asal itu perlu diperhalusi kerana membabitkan dasar kementerian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Menurutnya, seramai 416 peneroka fFlda akan terlibat dalam aktivit penanaman semula melibatkan keluasan keseluruhan 585.54 hektar yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun depan.

"Pada 2023, seramai 231 peneroka akan terlibat dalam pelaksanaan fasa kedua penanaman semula melibatkan keluasan 753.88 hektar.

"Bagi fasa satu, seramai 360 peneroka memohon menukar tanaman getah kepada kelapa sawit membabitkan keluasan 401.89 hektar dan 56 peneroka pula ingin mengekalkan tanaman semula kelapa sawit melibatkan keluasan 183.65 hektar," katanya selepas lawatan kerja ke Felda Lubuk Merbau, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Risda Kedah, M Azmi Mohd; Pengarah Wilayah Felda Lubuk Merbau, Wan Zamri Wan Yusuf dan Pengurus Felda Lubuk Merbau, Mohd Nordin Abd Rahman.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan permohonan tersebut akan dibincangkan peringkat KPLB kerana ia melibatkan dasar kementerian dan Risda.

Menurutnya, permohonanan penanaman semula berkenaan sebenarnya sudah lama dibuat namun sebelum ini tertangguh ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Tambah Mahdzir, antara faktor permohonan penukaran tanaman adalah perbandingan harga antara getah dan kelapa sawit menyaksikan harga komoditi kelapa sawit lebih tinggi daripada getah.

Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, tenaga kerja juga menjadi faktor mendorong peneroka memohon untuk menukar tanaman tersebut.

Katanya, kebun getah memerlukan tenaga kerja tetap kerana getah perlu ditoreh setiap hari kecuali hari hujan manakala peneroka tidak semestinya perlu bekerja setiap hari bagi tanaman kelapa sawit.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!