X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Tiga pemain, tiga pegawai Sarawak United digantung, didenda

Insiden kekecohan selepas perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu.
A
A

TINDAKAN pemain dan pegawai Sarawak United yang mencetuskan kekecohan semasa menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu akhirnya menerima padah apabila masing-masing dikenakan hukuman.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengenakan tindakan penggantungan dan denda terhadap tiga pemain dan tiga pegawai The Crocs termasuk pengendali E Elavarasan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu, penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee Ramli digantung lima perlawanan termasuk satu perlawanan secara automatik apabila melanggar Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM.

“Mohd Sharbinee dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan denda RM3,000 bagi pertuduhan pertama, penggantungan dua perlawanan dan denda RM2,000 bagi pertuduhan kedua dan penggantungan satu perlawanan dan denda RM2,000 bagi pertuduhan ketiga.

“Pergantungan bermula dengan perlawanan Liga Premier, Sarawak United menentang Johor Darul Ta'zim II pada 21 September manakala baki penggantungan empat lagi berkuatkuasa serta-merta pada empat perlawanan rasmi Liga Malaysia.

Insiden kekecohan selepas perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu.
Insiden kekecohan selepas perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama, bagaimanapun keputusan ini boleh dirayu,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Dua lagi pemain The Crocs, Mohammad Amer Saidin dan Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli juga dikenakan penggantungan dua dan empat perlawanan bermula perlawanan liga pada Selasa ini.

“Mohammad Amer Saidin didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang menyaksikannya dikenakan penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM2,000.

“Bagi Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli pula dikenakan penggantungan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang menyaksikannya dikenakan penggantungan empat perlawanan dan denda keseluruhan RM4,000,” ujarnya.

Dua pegawai Sarawak United, Rudy Bujang dan Abang Fomay Abang Sa'adeli juga tidak terlepas dikenakan hukuman apabila masing-masing dikenakan penggantungan enam bulan serta denda RM10,000 dan digantung dua perlawanan serta denda RM10,000.

“Rudy Bujang melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM dikenakan hukuman penggantungan enam bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan berkuatkuasa mulai 17 September sehingga 16 Mac 2022 dan didenda RM10,000.

“Abang Fomay Abang Sa'adeli pula didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sRM10,000,” katanya.

Insiden kekecohan selepas perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu.
Insiden kekecohan selepas perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu.

Jawatankuasa Tatatertib FAM juga mengenakan penggantungan selama 12 bulan dan denda RM10,000 terhadap pengendali The Crocs, Elavarasan susulan insiden di Cheras tersebut.

“Elavarasan didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 7 Statut FAM (Tatalaku Badan dan Pegawai) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan kepada Media) atas tindakannya yang membuat kenyataan semasa temu ramah selepas perlawanan berhubung isu tanpa kebenaran FAM.

“Bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana hukuman penggantungan tersebut adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini selama 12 bulan

“Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penangguhan penggantungan, maka hukuman penggantungan 12 bulan tersebut akan dikuat kuasakan serta-merta terhadap beliau,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!