Tiada dokumen sah, Maqis rampas 140kg ubi keladi

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 140 kilogram (kg) di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini pada Isnin.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 140 kilogram (kg) di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 140 kilogram (kg) ubi keladi kerana tidak memiliki dokumen sah pada Isnin lepas.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam, hasil pertanian yang dibawa menggunakan lori itu ditahan Maqis di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini.

Jurucakap Maqis Kedah berkata, hasil pemeriksaan mendapati ubi keladi yang dianggarkan bernilai RM1,120 itu tidak mempunyai Permit Import Jabatan Maqis dan Sijil Fitosanitasi daripada negara asal.

"Susulan itu, kesemua ubi keladi tersebut dirampas bagi tindakan lanjut.

''Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) di bawah akta sama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau memaklumkan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Maqis sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar," katanya.

Artikel Berkaitan: