Kekalahan PH perlu jadi 'wake-up call'

Yeo Bee Yin - Foto Asril Aswandi
Yeo Bee Yin - Foto Asril Aswandi
A
A
A

SHAH ALAM - Kekalahan dalam PRK DUN Semenyih perlu dijadikan 'wake-up call' kepada PH agar menjadi kerajaan yang lebih baik.

Penolong Setiausaha Publisti DAP, Yeo Bee Yin berkata, ini termasuklah menampilkan polisi yang dekat dengan rakyat.

"Saya bukanlah pakar dalam analisis politik. Tetapi bagi saya kekalahan ini adalah 'wake-up call' di mana kita perlu jadi kerajaan yang lebih baik.

"Kita kena membuat polisi yang boleh dirasai oleh rakyat," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya moderator Tan Sri Johan Jaaffar punca kekalahan PH dalam PRK DUN Semenyih.

BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih apabila Zakaria Hanafi menang dengan mendapat 19,780 undi, menewaskan tiga lagi pencabarnya.

Beliau menewaskan calon PH Mohammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, manakala calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul 847 undi dan calon Bebas, Kuan Chee Heng memperoleh 725 undi.

Artikel Berkaitan: