Video papar pembuatan roti kering jijik dipercayai di India

Hasil siasatan mendapati video pembuatan roti kering tersebut dipercayai di India.
Hasil siasatan mendapati video pembuatan roti kering tersebut dipercayai di India.
A
A
A

SHAH ALAM - Video tular yang memaparkan proses pembuatan roti kering yang dihasilkan dengan kotor dan tidak mengikutI aspek kebersihan ditetapkan baru-baru ini dipercayai berlaku di India.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataan berkata, pihaknya menyiasat berkaitan penularan video tersebut yang telah tersebar luas menerusi media sosial.

"Hasil siasatan mendapati video pembuatan roti kering tersebut dipercayai berlaku di India.

"Ini berikutan penemuan video terbabit menerusi laporan The Daily India News di Facebook yang menunjukkan pihak The Daily India News menyelar perbuatan tersebut, selain itu perbuatan pelaku di dalam video terbabit turut menyebabkan ramai orang marah dan tular di media sosial India," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Baru-baru ini, sebuah video pembuatan roti kering yang didakwa dihasilkan dengan cara yang kotor di sebuah kilang tular di media sosial.

Video tersebut turut memaparkan beberapa pekerja memijak roti kering selain ada yang meletakkan roti itu di mulut sehingga mendapat kecaman netizen yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu dalam video terbabit serta menyiasat lokasi kilang.

Artikel Berkaitan: