Jururawat maut kereta terbabas

Kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri akibat gagal di kawal.
Kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri akibat gagal di kawal.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang jururawat berusia 35 tahun maut apabila kenderaan dipandunya terlibat kemalangan di Kampung Bunut Payong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, pada tengahari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang maut dipercayai dari arah Wakaf Che Yeh menghala ke bandar Kota Bharu untuk ke tempat kerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Katanya, sebelum sampai di lokasi kemalangan, mangsa didakwa melalui satu selekoh dan dipercayai hilang kawalan apabila tiba di satu kawasan yang terdapat bonggol di tengah jalan.

"Akibat dari itu kenderaan dipandunya terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik serta bahagian hadapan sebuah kedai berhampiran.

"Mangsa tersepit di dalam kenderaan serta dikeluarkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir ke tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah terbabas sendiri akibat kegagalan mengawal kenderaan yang dipandu sehingga melanggar sebatang tiang elektrik dan sebuah kedai.

"Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: