Pengasas kalkulator, komputer murah meninggal dunia

CLIVE SINCLAIR - Foto Getty Images
CLIVE SINCLAIR - Foto Getty Images
A
A
A

LONDON - Pengasas kalkulator dan komputer rumah yang mampu dibeli oleh pengguna di Britain, Clive Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada Khamis di rumahnya di London ketika berumur 81 tahun.

Dia meninggal dunia selepas berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya selama lebih sedekad, lapor media di United Kingdom (UK).

Sinclair dilaporkan masih bekerja dalam biang inovasi pada minggu lalu kerana dia amat meminatinya, kata seorang anak perempuannya, Belinda Sinclair kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pada tahun 1972, dia mencipta kalkulator elektronik mudah alih yang pertama di dunia iaitu pada tahun 1972.

Komputer Sinclair ZX80 dilancarkan pada tahun 1980 dan dijual pada harga kurang 100 pound sterling (RM575).

Ia menjadikan komputer tersebut dijual dengan banyak di dalam dan di luar Britain.

Harga komputer Apple keluaran Amerika Syarikat (AS) adalah lebih tinggi dan syarikat Sinclair merupakan syarikat pertama di dunia menjual komputer lebih daripada satu juta unit.

Dilahirkan pada tahun 1940, dia tidak lagi belajar di sekolah ketika berumur 17 tahun dan menjadi seorang wartawan yang menulis artikel tentang hal-hal teknikal.

Artikel Berkaitan:

Ketika berumur 22 tahun, Siclair menubuhkan syarikatnya yang pertama.

Antara barangan yang diciptanya ialah jam digital dan televisyen serta televisyen skrin pipih versi awal.

Namun, yang anehnya ketika diwawancara pada tahun 2013 dengan BBC, Sinclair mendedahkan dia tidak menggunakan komputer dalam hidupnya. - Agensi