X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

4 warga Bangladesh, wanita tempatan berdepan hukuman mati

Seramai tiga lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat, atas pertuduhan menculik seorang rakan senegara dan meminta wang tebusan, Ogos lalu.
A
A

KAJANG - Seramai empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan, berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan melarikan seorang lelaki dan meminta wang tebusan sebanyak sejuta Taka (anggaran RM50,000), Ogos lalu.

Mereka ialah pasangan suami isteri, Josim, 32 dan Faridah Jeya Sly Ramesh, 27 (wanita tempatan); Md Raihan Hosen, 28; Miah Soraf, 33 serta Nusrat Jahan Bipasha, 26.

Kesemua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu dan Inggeris di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tiga lelaki dan dua wanita itu kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, didakwa menahan seorang lelaki warga Bangladesh, Md Sohel Rana, 39, dengan cara melarikannya secara salah, dengan niat bersama bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak sejuta Taka Bangladesh.

Seorang wanita tempatan dan seorang warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat, atas pertuduhan menculik seorang rakan senegara dan meminta wang tebusan, Ogos lalu.
Seorang wanita tempatan dan seorang warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat, atas pertuduhan menculik seorang rakan senegara dan meminta wang tebusan, Ogos lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan di hadapan pasar mini, di Jalan Damai Mewah 1A di sini pada jam 8.30 malam, 27 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran manakala Md Raihan dan Josim diwakili peguam, Tan Cheng Yee sementara tiga yang lain tidak diwakili mana-mana pihak.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pada dua minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki warga Bangladesh diculik hampir seminggu, oleh rakan senegaranya sebelum ditemui dalam keadaan lemah di sebuah rumah di Bandar Teknologi di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, majikan mangsa membuat laporan sekitar jam 12 tengah malam pada Khamis selepas dihubungi oleh isteri pekerjanya itu yang berada di Bangladesh.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!