[VIDEO] Agong, Permaisuri adakan lawatan khas ke UK

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula hari ini (Jumaat) hingga 27 September.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, lawatan khas itu melambangkan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan UK yang dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

Menurut kenyataan itu, lawatan tersebut turut menzahirkan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia dan prestasi pelaburan serta kepentingan negara di UK agar sentiasa dalam keadaan baik terutamanya semasa pandemik yang mencabar.

“Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengadakan lawatan ke Battersea Power Station iaitu sebuah projek ikonik Malaysia di London.

“Projek tersebut merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Seri Paduka Baginda juga berkenan untuk melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 September bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia di UK yang terdiri daripada golongan usahawan, ahli akademik, pelajar dan ketua komuniti,” katanya.

Pada 25 September, pasangan diraja Malaysia itu dijadualkan berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC) iaitu syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan salah satu institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia.

Selain itu, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan menerima kunjungan Sir General Nicholas Carter, Ketua Staf Pertahanan UK yang akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan Malaysia dan UK.

Artikel Berkaitan: