Dua beradik selamat selepas 44 jam hilang

Kanak-kanak berjaya ditemukan selepas 44 hari hilang di hutan Utara California. - Facebook Humboldt Country Sheriff's Office
Kanak-kanak berjaya ditemukan selepas 44 hari hilang di hutan Utara California. - Facebook Humboldt Country Sheriff's Office
A
A
A

CALIFORNIA - Setelah dua beradik hilang selama 44 jam di hutan Utara California, akhirnya mereka ditemui dalam keadaan selamat.

Leia Carrico, 8 bersama adik perempuannya, Caroline Carrico, 5, dilihat kali terakhir di luar rumah mereka di Benbow, Barat Sacramento, pada jam 2.30 petang.

Selepas 44 jam, kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut telah dijumpai oleh pasukan bomba sejauh 2.3 kilometer dari rumahnya.

Sheriff Humboldt County William Honsal berkata, kanak-kanak berkenaan hilang selepas berjalan ke hutan Utara California.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan untuk mencari kanak-kanak perempuan itu dengan menggunakan khidmat helikopter dan anjing pengesan.

William, memaklumkan kedua beradik itu selamat kerana mereka menguasai kemahiran hidup yang mereka pelajari dari kelab persatuan belia tempatan.

“Ini adalah kawasan yang besar dan persekitaran yang agak berbahaya, tetapi bagaimana mereka berada di dalam hutan selama 44 jam sangat menakjubkan tambahan pula cuaca sejuk dan kering,” katanya.

Sebelum hilang, Leia dan Caroline telah memaklumkan kepada ibu mereka untuk keluar berjalan namun dihalang daripada berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

Kakitangan perubatan telah melakukan pemeriksaan kepada dua beradik itu termasuk memberi makanan dan pakaian sejuk.

Menerusi Facebook Humboldt Country Sheriff's Office, kelihatan seorang anggota bomba bertanyakan sesuatu kepada salah seorang dari mereka yang dijumpai memakai baju, kasut but dan kelihatan seluar jeans telah kotor. - USA Today