X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Dua terbunuh, puluhan cedera gempa bumi di China

Anggota-anggota penyelamat membersihkan serpihan batu-bata yang bertaburan akibat gempa bumi di bandar Fuji, daerah Luxian pada Khamis. - Foto Xinhua
A
A

BEIJING - Dua orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila gempa bumi kecil melanda barat daya China pada awal pagi Khamis.

Gempa bumi itu sekuat 5.4 magnitud, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) tetapi Pusat Rangkaian Gempa Bumi memberitahu ia sekuat 6.0 magnitud.

Namun, kedua-dua agensi itu meletakkan kedalaman gempa bumi tersebut ialah 10 kilometer.

Ia melanda daerah Luxian yang terletak kira-kira 120 kilometer dari barat daya bandar raya Chongqing yang dihuni kira-kira 30 juta penduduk.

Pihak berkuasa Luxian menyatakan bahawa kejadian itu telah menyebabkan dua orang mati, tiga lagi cedera serius dan 50 lagi cedera ringan manakala 22 buah rumah musnah.

Kerajaan Sichuan menyatakan dalam satu kenyataan di Weibo bahawa banyak rangkaian elektrik terjejas.

Kira-kira 65,000 seisi rumah tidak mendapat bekalan elektrik selepas kejadian tersebut berlaku. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!