Disaman berulang kali, remaja tidak serik ubah suai motosikal

Nombor pendaftaran digunakan penunggang motosikal yang dikenakan tindakan saman ketika Ops Samseng Jalanan di Jalan Tun Razak di sini lewat pada malam Rabu. (Gambar kecil: Zulkafly)
Nombor pendaftaran digunakan penunggang motosikal yang dikenakan tindakan saman ketika Ops Samseng Jalanan di Jalan Tun Razak di sini lewat pada malam Rabu. (Gambar kecil: Zulkafly)
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya buat begini sebab 'style'," itu jawapan seorang pemuda yang disaman atas beberapa kesalahan termasuk mengubah suai ekzos dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan 'fancy' ketika Ops Samseng Jalanan di Jalan Tun Razak di sini lewat pada malam Rabu.

Pemuda berusia awal 20-an yang turut disaman atas kesalahan motosikalnya tidak mempunyai brek belakang itu mendakwa pernah tiga kali dikenakan tindakan saman sebelum ini.

"'Baru kena saman tiga kali je bang," katanya apabila disoal pegawai yang bertugas dalam operasi tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafly Chek Lah berkata, operasi tersebut memfokuskan kepada pengubahsuaian motosikal dan pemandu mabuk.

"Setakat ini kita telah keluarkan 243 saman dan menyita tujuh buah motosikal serta dua tangkapan pemandu mabuk.

"Operasi hari ini di empat lokasi bermula jam 9.30 malam dengan kekuatan lapan pegawai dan 86 orang anggota," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang trafik kerana pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Artikel Berkaitan: