Saranan Mohamed Azmin satu kesilapan besar: Ronnie Liu

 Ronnie Liu
Ronnie Liu
A
A
A

SHAH ALAM - DAP mengkritik kenyataan Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Ali yang menggesa kerajaan tidak apologetik dalam melaksanakan janji melibatkan agenda Melayu dan Bumiputera.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ronnie Liu berkata, sekiranya PH mengikut saranan itu ia merupakan kesilapan buat parti besar lebih-lebih lagi pandangan itu keluar daripada seorang pemimpin tertinggi.

"Selepas PRK Semenyih, beberapa pemimpin PH memberikan reaksi mengejut dan meminta PH untuk mula menjadi lebih Melayu. Dengan kata lain cuba menjadi lebih UMNO daripada UMNO atau lebih Pas daripada Pas.

"PH memenangi PRU14 kerana mesej yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat walaupun ada parti komponen dalam PH iaitu Bersatu adalah satu-satunya parti Melayu. Kepelbagaian kaum ini juga dapat dilihat menerusi Kabinet PH berbanding BN sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, kerajaan harus berani dan tidak gunda-gulana untuk segera melaksanakan janji-janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan bagian integral daripada agenda nasional.

Mengulas perkara tersebut, Liu berkata, gesaan supaya PH mencontohi BN hanya kerana kalah di Semenyih sebagai tidak berpandangan jauh dan bertentangan dengan pendirian gabungan parti itu.

"Daripada memperjuangkan agenda etnocentric mengapa tidak kita menumpukan kepada agenda Malaysia yang berasaskan keperluan dan bukan berasaskan kaum.

"Bukankah lebih baik membantu masyarakat secara keseluruhan dan bukan hanya tertumpu kepada pihak tertentu?" soalnya.

Artikel Berkaitan: