X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas ketua kartel dadah, Carrillo Fuentes dijel 28 tahun

Vicente Carrillo Fuentes dijel selama 28 tahun oleh sebuah mahkamah di Mexico kerana menyeludup dadah ke negara itu. - Foto AFP
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Sebuah mahkamah Mexico menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas ketua penyeludup dadah, Vicente Carrillo Fuentes selama 28 tahun, kata pihak pendakwa raya pada Selasa.

Sebelum ini, dia ditangkap pada tahun 2014 di Coahuila iaitu sebuah negeri di utara negara tersebut atas dakwaan melakukan penyeludupan dadah.

Pejabat Peguam Negara menyatakan dalam satu kenyataan bahawa seorang hakim telah menjatuhkan hukuman penjara itu terhadapnya.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) menawarkan sebanyak AS$5 juta (RM20.82 juta) berhubung sebarang maklumat sehingga tertangkap Fuantes.

Mexico pula menawarkan ganjaran sebanyak AS$2.2 juta (RM9.16 juta) berhubung maklumat sama kepada pemberi maklumat sehingga bekas ketua penyeludupan dadah itu ditangkap.

Dia merupakan adik kepada pengasas sindiket Juarez, Amado Carrillo Fuentes yang turut dikenali sebagai salah seorang penyeludup dadah terhebat di Amerika Latin.

Bagaimanapun, dia mati akibat pembedahan plastik di bandar raya Mexico pada tahun 1997. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!