X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Econsave ringankan beban 30 keluarga terjejas bekalan makanan

Zamzuri (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Econsave kepada seorang penerima di Dewan Kampung Bukit Larek, dekat sini baru--baru ini. - Foto Econsave Pokok Sena
A
A

POKOK SENA - Pasar raya Econsave Cawangan Pokok Sena meneruskan usaha membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan terkini membantu sebanyak 30 keluarga asnaf dari tiga buah kampung di daerah Pokok Sena.

Pengurus Besar Pasar raya Econsave Bahagian Utara I, Zamzuri Mansor berkata, keluarga yang terjejas bekalan makanan dari Kampung Bukit Larek, Kampung Apil dan Kampung Pecah Gadong.

Menurutnya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan merupakan rutin bulanan bagi meringankan beban mereka terutama yang terputus pendapatan atau tidak dapat bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Mereka menerima barang keperluan dapur dan diharapkan dapat membantu meringankan beban selepas diuji dengan terjejas pendapatan akibat Covid-19," katanya selepas menyampaikan sumbangan Econsave di Dewan Kampung Bukit Larek, dekat sini baru--baru ini.

Zamzuri berkata, senarai penerima dipilih dan disediakan oleh wakil dari kampung terbabit.

Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!