X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

RM100 juta diperuntukkan naik taraf jalan utama Telok Gong

Azmizam (kanan) bersama wakil JKR Klang dan KSSB meninjau kawasan jalan utama Telok Gong pada Jumaat lalu.
A
A

PELABUHAN KLANG - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sekitar RM100 juta bagi kerja-kerja naik taraf jalan utama Telok Gong sepanjang enam kilometer bagi keselesaan pengguna dan penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, kerja-kerja naik taraf jalan tersebut melibatkan kerja meluaskan jalan kerana ia merupakan laluan utama penduduk sekitar selain kenderaan berat seperti lori.

Begitupun, Azmizam berkata, projek berkenaan masih di peringkat perancangan reka bentuk kerana ia melibatkan pembinaan sistem perparitan baharu di kawasan yang terhad.

“Saya dimaklumkan bahawa jalan di sini sempit namun penggunaannya tinggi kerana ia adalah jalan utama yang digunakan oleh kendaraan awam dan kenderaan berat seperti lori berikutan kawasan tersebut terdapat kawasan penempatan dan kilang.

“Projek naik taraf ini sudah diluluskan oleh kerajaan Selangor, namun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang masih dalam proses merancang reka bentuk jalan kerana ia melibatkan pelbagai prosedur seperti pengambilan tanah di kawasan tertentu, mendapatkan persetujuan penduduk setempat dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pihak JKR Klang perlu membersihkan parit di bahu jalan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sekali bagi mengelakkan limpahan air ke atas jalan raya ketika musim air pasang setiap hujung tahun.
Pihak JKR Klang perlu membersihkan parit di bahu jalan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sekali bagi mengelakkan limpahan air ke atas jalan raya ketika musim air pasang setiap hujung tahun.

Mengulas lanjut, Azmizam turut memaklumkan pihaknya sudah ke kawasan tersebut bersama JKR Klang dan syarikat konsesi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pada Jumaat lalu untuk berbincang berkenaan projek tersebut dan memastikan ia berjalan lancar.

Beliau berkata, selain pihak KSSB yang perlu memperbaiki kerosakan jalan dengan segera, JKR Klang juga perlu membersihkan parit di kedua-dua bahu jalan terbabit sekurang-kurangnya tiga hingga enam sekali bagi mengawal limpahan air ke atas jalan raya ketika musim air pasang.

Azmizam berkata, lokasi Telok Gong yang berada berdekatan laut dan musim fenomena air pasang tinggi setiap hujung tahun, parit tersebut tidak dapat menampung limpahan air ke atas jalan raya dan akan menyebabkan banjir.

“Kawasan Telok Gong merupakan kawasan yang tidak terancang kerana pembinaan infrastruktur yang kurang teliti, jadi kita menghadapi masalah untuk merancang projek tersebut di kawasan sedemikian rupa.

“Jika kerja-kerja pembinaan dilaksanakan, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius kerana laluan ini merupakan jalan utama bagi penduduk setempat,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!