'Food truck' hampir hangus terbakar

Keadaan yang dijadikan kendera saji hampir hangus terbakar di Taman Bendahara, Kota Bharu pada Isnin.
Keadaan yang dijadikan kendera saji hampir hangus terbakar di Taman Bendahara, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kenderaan pelbagai guna yang dijadikan kendera saji atau 'food truck' hangus hampir 40 peratus apabila terbakar dalam kejadian di Taman Bendahara di sini pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, kenderaan tersebut digunakan pemilik untuk berniaga makanan dan minuman.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, tujuh anggota bomba tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian dan mendapati kenderaan tersebut terbakar di bahagian belakang sehingga menyebabkan hampir hangus.

"Makluman awal yang kami terima daripada saksi, hos yang disambung dengan gas dipercayai bocor dan tercabut, namun ia tidak melibatkan kemalangan nyawa," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan: