Grab Malaysia lancar kempen #SaferEveryday

1
1
A
A
A

PETALING JAYA - Syarikat e-panggilan, Grab Malaysia melancarkan kempen #SaferEveryday dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bagi membantu usaha masyarakat membanteras jenayah berkaitan kanak-kanak khususnya kes kanak-kanak hilang.

Pengarah Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, menerusi kerjasama itu, pemandu Grab di 35 bandar raya akan menerima sistem amaran kanak-kanak hilang NUR Alert.

"Pihak berkuasa sudah lakukan yang terbaik namun kuasa untuk membolehkan ratusan ribu rakyat Malaysia saling melindungi serta berkongsi maklumat dan bekerja bersama bagi memastikan keselamatan semua.. itu adalah kunci sebenar dalam membantu kita melangkah sebagai sebuah negara,” katanya kepada pihak media selepas pelancaran kempen #SaferEeveryday, baru-baru ini.

Selain berkongsi NUR Alert menerusi rangkaian kerja pemandu-rakan kongsi, Grab juga akan meneroka penambahbaikan seterusnya bagi membangunkan cara baharu untuk menimbulkan kesedaran tentang NUR Alert dalam kalangan penumpang serta masyarat lebih luas, katanya.

Sistem NUR Alert merupakan inisiatif kebangsaan yang membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah secepat mungkin.

Artikel Berkaitan: