Lelaki mengamuk dalam mahkamah ditembak ketika cuba serang hakim

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEORANG lelaki maut ditembak ketika cuba menyerang seorang hakim di sebuah mahkamah di North Carolina, Amerika Syarikat.

Christopher Thomas Vaughan dikatakan menjadi berang selepas hakim mengumumkan dia didapati bersalah ke atas tuduhan terhadapnya di Person County Courthouse pada Jumaat, memetik laporan WRAL.

Biro Siasatan North Carolina dalam satu kenyataan berkata, Vaughan turut terlibat dalam pergelutan bersama dua anggota polis dalam mahkamah berkenaan dan cuba merampas senjata anggota terbabit.

Katanya lagi, Vaughan ditembak di bahagian kepala semasa pergelutan itu berlaku dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Duke.

Salah seorang daripada dua anggota polis terbabit mengalami kecederaan patah tangan manakala seorang lagi tercedera di bahagian leher dan kepala.

Kedua-dua anggota tersebut turut dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu Vaughan dituduh dengan mengurung seorang wanita yang ditemui di pasar raya Walmat tanpa kerelaan wanita tersebut.

Dia turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan pecah masuk rumah dan dadah.- Awani

Artikel Berkaitan: