Enam mak nyah tunggu pelanggan ditahan

Enam mak nyah ditahan dalam 'Ops Pasar' di sekitar bandar raya Kuantan pada malam Sabtu.
Enam mak nyah ditahan dalam 'Ops Pasar' di sekitar bandar raya Kuantan pada malam Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Enam lelaki termasuk lima warga asing berpakaian wanita ditahan dalam `Ops Pasar' di sekitar bandar raya Kuantan pada malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, mereka berumur antara 30 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang dalam operasi bermula jam pada 3.30 petang hingga 7 malam.

Menurutnya, operasi berkenaan dilakukan hasil daripada maklumat awam berhubung kewujudan perlakuan lelaki berpakaian wanita di dua lokasi terbabit beberapa hari lalu.

"Hasil siasatan mendapati seorang lelaki tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan berpakaian wanita. Lima warga asing itu pula bukan sahaja melakukan kesalahan berpakaian wanita, malah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

"Kesemua mereka ini berpakaian menyerupai wanita dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi aktiviti tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit," katanya semasa mengadakan sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada malam Sabtu.

Operasi itu melibatkan seramai 30 pegawai dan anggota dari IPD Kuantan, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Muhammed Rizal berkata, kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Lima lagi warga asing turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh.

Artikel Berkaitan:

"Lima warga asing diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Beberapa hari lalu, tular di laman sosial Facebook mengenai satu status dan gambar mendakwa lorong kunyit kembali beroperasi.