Busuk dan kotor, penduduk terganggu longgokan sampah berulang

Kok Ping (kiri) menunjukkan lokasi tempat lokasi longgokan sampah di kawasan berhampiran perumahan mereka di Taman Sungai Kapar Indah.
Kok Ping (kiri) menunjukkan lokasi tempat lokasi longgokan sampah di kawasan berhampiran perumahan mereka di Taman Sungai Kapar Indah.
A
A
A

KLANG - Penduduk Taman Sungai Kapar Indah meluahkan rasa kurang selesa apabila kawasan berhampiran perumahan mereka dijadikan tempat pembuangan sampah sejak empat tahun lalu.

Seorang penduduk, Lim Kok Ping, 60, berkata, setiap kali aduan dibuat, sampah itu dibersihkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) namun kembali menimbun beberapa bulan selepas itu.

Menurutnya, aduan itu bukan hanya melibatkan isu kebersihan malah berkait masalah keselamatan serta kesihatan penduduk terutama kanak-kanak yang diserang asma akibat pencemaran udara di sebelah malam.

"Masalah ini berlarutan sejak tahun 2017 sehingga ke hari ini. Sampah dibuang tidak mengira masa pada waktu siang.

"Malam pula sampah dibakar bertujuan untuk mendapatkan logam di dalam kabel getah," katanya.

Justeru, Kok Pi berharap, MPK atau pihak pemaju dapat meletakkan papan tanda melarang pembuangan sampah di kawasan perumahan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Arif Abdullah, 30, berkata, lokasi pembuangan sampah itu merupakan jalan alternatif untuk keluar ke taman dan stesen minyak selain aktiviti riadah penduduk berbasikal dan berjoging.

Arif berkata, penduduk sudah memberi amaran kepada beberapa pihak yang membuang sampah di kawasan itu tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap pihak pemaju atau pihak berkuasa dapat menghalang aktiviti pembuangan sampah ini dengan membuka jalan yang kini dipenuhi semak-samun di kawasan sebelah tempat pembuangan sampah ini.

"Apabila jalan sibuk di sini sudah pasti tiada pihak yang berani membuang sampah sebarangan," katanya.