Matrade promosi sektor pembinaan, bahan binaan Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SEBAGAI sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan kemampuan Malaysia dalam sektor pembinaan dan bahan binaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan menganjurkan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam The Big 5 Dubai Show yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Dubai dari 12-15 September ini.

Inisiatif ini adalah untuk membantu syarikat Malaysia memulihkan perniagaan eksport mereka di tengah-tengah kemelut pandemik Covid-19.

Objektif utama penyertaan adalah untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia, meneroka peluang perniagaan serta bekerjasama dengan rakan strategik berpotensi dalam projek berkaitan pembinaan di rantau Timur Tengah, kata Matrade dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Pameran The Big 5 Dubai juga merupakan platform yang ideal untuk mempamerkan kemampuan rakyat Malaysia dalam membekalkan bahan binaan berkualiti tinggi, katanya.

Selain mempamerkan secara fizikal di acara berkenaan, Matrade juga akan mengadakan padanan perniagaan maya dalam talian atau eBizMatch, bersempena dengan pameran The Big 5 Dubai 2021.

EBizMatch menyediakan platform maya yang menjimatkan kos bagi syarikat Malaysia untuk bertemu dan berbincang dengan pembeli luar negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: