Kren tumbang di laluan pejalan kaki

Kren bergerak di tapak projek penyambungan sebuah hospital di Jalan Masjid Negeri tumbang dalam kejadian pada petang Jumaat.
Kren bergerak di tapak projek penyambungan sebuah hospital di Jalan Masjid Negeri tumbang dalam kejadian pada petang Jumaat.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah kren bergerak di tapak projek penyambungan di sebuah hospital di Jalan Masjid Negeri di sini tumbang dan sebahagian terjatuh ke laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun, kemalangan pada jam 7 petang itu tidak melibatkan orang awam atau kakitangan hospital berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, berlaku kerosakan kecil pada penutup lubang di sepanjang laluan pejalan kaki.

Katanya, pihaknya telah mengarahkan perunding projek itu untuk menyerahkan laporan mengenai kejadian itu.

"Kita akan mengambil tindakan susulan yang diperlukan selepas ini," katanya di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Tung Seang ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan di situ.

Katanya, kelulusan projek penyambungan hospital telah diberikan pada Jun lalu.

Artikel Berkaitan: