Sorotan berita 10 September 2021

Sorotan berita
Sorotan berita
A
A
A

SHAH ALAM - Berikut merupakan sorotan berita hari ini:

Pemandu lori tidak mengaku salah memandu bawah pengaruh dadah

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori yang tular di media sosial selepas merempuh lima kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi hingga remuk di Jalan Ipoh Isnin lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Ardi Latif, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar

DFI perlu beri sokongan penuh dalam tempoh pemulihan negara

KUALA LUMPUR - Institusi-institusi kewangan pembangunan (DFI) perlu memberi sokongan penuh dalam tempoh pemulihan ekonomi negara, sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia, menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, sokongan ini misalnya dari segi pembiayaan yang diperlukan untuk memulih dan memelihara perniagaan serta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang menyokong kehidupan rakyat Malaysia secara langsung.

Kekerapan tren ditingkatkan mulai hari ini: Prasarana

KUALA LUMPUR - Kekerapan semua perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditingkatkan susulan peralihan Lembah Klang ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL, Azmi Md Zain berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan penumpang kekal mematuhi penjarakan fizikal berikutan jumlah pengguna dijangka bertambah mulai minggu depan.

638 kes bunuh diri dilaporkan sehingga Julai

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 638 kes bunuh diri yang berlaku sepanjang tahun ini sehingga Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu 262 kes.

Syed Saddiq kekal pengakuan tidak bersalah kes ubah wang haram

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000, tiga tahun lepas.

Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Hakim Suzana Hussin.

51.1 peratus populasi Malaysia kini lengkap divaksin

KUALA LUMPUR - Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Jumaat, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan

Amaran Ketua Pengarah Imigresen kepada anggotanya makan suap

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen menegaskan pegawai dan anggotanya yang didapati bersalah di mahkamah akan berdepan tindakan buang kerja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tindakan demikian dibuat mengikut Peraturan Tatatertib Perkhidmatan Awam.